Wednesday, October 12, 2011

semalam kan,saya bangun pegi keje lambat!yee..as usual..sebab dah tau rumah dekat gila ngan ofis a.k.a masuk kete start enjin,ada 3 traffic light..pastu dah sampai office.kejap kan? :D heee..so semalam jugak pagi2 dah hujan.so masa sampai office dah pukul 740pagi.so terus memecut masuk ke basement secara songsang!selamba! ps : songsang means opposite way..sebab kitorang yang a.k.a kuli tak berapa kuli ni..takde pass untuk nak masuk parking basement.so masuk ikut exit!LOL..nasib baik ada parking.

masuk opeh terus punch card.perut lapar gila tahap kebulur sebab malam sebelumnya makan sup tomyam je.serious,tomyam je!! ok,tipu..dengan sedikit nasi (sambil curi nasi goreng daging encik yang sedap tu masa dia tengah cakap telefon dengan kawan dia.haha!) so bangun pagi konon nak sahur,pastu tengok jam 540pagi.pegi dapur,bukak fridge,amek susu.tegur satu gelas.pastu solat subuh.sambung tido.pastu bangun rasa macam nak pegi toilet.so sebab tu jadi lapar balik :D

dah masuk ofis..pegi breakfast macam biasa.pekena teh tarik.lepak setengah jam.terus semangat nak siapkan homework iSMS yang tak siap since last month :P maka dengan tekun bukak segala buku teks yang tebal tu..selerak atas meja..meneruskan kerja dengan tekun..tengok2 jam dah pukul 640pm!woww!! tak percaya kan?? (separuh masa dihabiskan dengan main game kat iphone..so kira buat kerja sambil main game lah..hahaha!) balik2 umah je terus call orang gas,"encik saya dah sms alamat rumah saya.boleh tolong datang hantarkan gas?berapa lama ye nak sampai?" masa tu tengok jam,nak timing.pukul 7malam tepat2.so orang tu boleh plak jawab "tunggu je.nanti saya sampai." erk!boleh plak jawab camtu?? hmmm..okay..kita tunggu.sebab kita ni dahlah tengah lapar.nak pegi pasar malam.dah pikir menu macam macam..

satu jam yang kemudian..YE..SATU JAM KEMUDIAN!!orang gas tu tak sampai2 lagi!! dengan cite Soffiya pun dah abes dah kat tv3.perut pun dah menghasilkan bunyi.tengah hari tadi makan mihun sup je.tu pun tak abes (tak sedap)!so,sms balik kat orang gas tu "encik,saya dah tunggu satu jam.jadi hantar gas ke tak??" notice the ?? ada dua kali,kan?nak marah lah tu..intai2 tingkap apartment,nampak lah motor pakcik gas tu terhuyung-hayang nak hantar gas kat saya.. (kesian lah plak..) sampai je pakcik tu,tengok mata dia merah semacam..macam kepenatan..kesian plak..baru planning nak sembur kat dia..macam2 ayat dah rangka nak sound kenapa datang hantar gas sejam lamanya..huhu..

dah dapat gas,terus pegi pasar malam.beli kebab.beli laksa kedah.beli ayam uncle bob.perghh!! first time makan! pernah makan? sedap woooo..nah tengok nih : UNCLE BOB memangggg sedappp!!sambil bawak kete nak balik apartment pun dah abes dah ayam ni makan..ingatkan besar,tak abes.sekali!!peghhh!!definitely gonna get it again next week! (kat pasar malam taman tun ada jual tak,ek?)

so that was how my serabut day was.fulllllll with sooo many tiring things and i end up going to sleep tak tutup lampu!:P sedar2 dah kena bangun untuk sahur.makan honey stars and milk.kunyah2 sambil tengok NERACA :P sambung tido balik.pastu terlajak sampai kol 730pagi!!sambung balik serabut!kelam kabut mandi,gosok tudung.sampai ofis punch card MERAH arghhhh!! so yes,selamat hari serabut..but i'm gonna get my Baskin Robin today :) it's pink day.perhaps it will end my serabut day.have a not so serabut day peeps! much love xx

erinchunk circled @ 8:47 AM

0 people circled

Post a Comment